Sunday, May 22, 2011

Terima Kasih Van Der Saar


Upg fc season 2010/2011 berakhir dgn gembira, skrang tugas kt menanti season baru 2011/2012. Pemergian pemain utama kt sgt menyedihkan, semasa ucapan terakhir Edwin Van Der Saar, beliau mengucapkan terima kasih kepada smua dan kepada Upg fc.

Beliau berbangga dpt bermain dalam
kelab terbesar di MMU ini. Jasa VDS tidak dpt dilupakan, memenangi piala presiden mmu adalah kenangan terindah bagi kelab dan juga beliau.

Sekali lagi dari Upg fc, terima kasih Van Der Saar

Thursday, May 5, 2011

We are the champion!

Kemenangan utk UPG FC dalam Piala Presiden MMU 2011. Setelah smua kuat berusaha sebagai satu pasukan, upg fc akhir nya muncul juara. Pemain terbaik perlawanan Syafiq Kamarullah yg telah berjaya save penalti di saat2 akhir perlawan dan semasa penalti shoot out.Dan upg juga mendapat pelakon baru selain dari farid kamil, pelakon terbaik perlawan, Maharaja lawak 2011, Ahmad Hasbullah!

Upg fc akan kembali season depan dgn muka yg lebih garang dan ganas, dgn lebih ramai wanita2 hot di tepi padang. Yg mana single dalam team lepas ni ade awek, sbb dah champion mmu kot.

Insya-allah kt bertemu lagi.

Wednesday, April 13, 2011

Penyerahan Jersey


Majlis penyerahan jersey berlaku semalam di dalam mmu. VVIP yg hadir adalah presiden persatuan bangsa2 berdua sedunia. Majlis ini menandakan lengkap nyer tuturcara kontrak dan pasukan upg fc untuk tahun ini.

Sidang media berlangsung selepas itu dimana pengurus pasukan dimintak memberikan pandangan kepada perlawanan hari esok. Beliau nampak confident dan tenang utk menghadapi perlawanan yg meriangkan season ini. Smua pihak wartawan seakan tertanya2 adakah taktik rahsia yg dirancang oleh pengurus pasukan yg bijak comel ini! jeng jeng jeng!. Sama2 kt nantikan.

Wednesday, April 6, 2011

Kamu jgn Nakal tau!


Ini la yg kt perlukan dalam team, kata2 semangat antara chairman dan asst manager. Confirm la kt menang game lwn sdx ahad ni. Ingat tau smua, kt pergi bercuti sebentar "bukan utk curang!" hehe.

Kt dah tak payah team talk dah pasni, mulai skrang kt sweet talk jer nyah. Awwww pls pls pls! i loike xP

thanks to mr x utk pic ini xD

Monday, April 4, 2011

Harapan di Timur

Masihkah ade harapan untuk upg fc? itu la persoalan yg di pertanyakan oleh rakyat2 jelata mmu. Pengurus upg fc terpaksa berhadapan dgn cabaran yg hebat dalam piala presiden rasat kali ini.

Setelah bermeditasi di ufuk timur, hampir2 senja, pengurus upg telah nampak cahaya kemenangan. Strategi yg di rancang akan dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan upg fc ahad ini di tv1.

Adakah harapan terletak pada CTR360 ji-din dan shahrul mazwan?Ape yg diminta oleh beliau skrang adalah bersabar, bykkan doa dan solat.Insya-allah kt akan menang.

Wednesday, March 23, 2011

Ji-din dan CTR360

Pada satu hari, dia dtg pd sy dan mengatakan bahawa dia sudah bersedia utk game setelah pulih dari kecederaan mata nyer beberapa minggu lepas. Malang nyer pada game itu jidin hanya dpt beraksi selama 4minit 3.21saat, dan diarahkan keluar padang kerana kasut nyer telah koyak rabak parah di tapak. Dgn muka comel nyer dia hanya merajuk membawa diri dalam hati.

Pada hari ini dia telah dtg dan membawa sesuatu yg baru lagi berkualiti, boot CTR360, yg telah menyebab kan smua kaki2 pemain diatas padang gatal melihat nya.Dgn keyakinan yg penuh dan azam yg kuat, dia masuk ke padang bermain, dalam hati nyer akan ditunjukkan kepada smua gadis2 didunia sapekah diri nyer.

5 minit berlalu dan smp la peluang nyer, zup zap zup zap, takde satu manusia didalam dunia ini dpt menanding pertahanan comel nyer. Dan lalu dia diumumkan pemain terbaik perlawanan ni. Dan lalu dia berkata kepada sy dgn penuh semangat "Tu la aku tidor sblh dgn boot ni mlm ni. Hahaha lebih2 pulak aku. Weh bila nak training ?". Terharu sy mendengar nyer dan sy terus tabik 99 darjah keatas diri nyer.

Terima kasih jidin- penyelamat team upg fc.

Thursday, March 17, 2011

International Frenly




Match : Spirulina Fc Vs UPG Fc
Venue : Padalopolos Stadium
Date : 19th March
Time : 4.30 Pm Azores Time
Ticket : $20,$30,$50
Country : Greece Club meet English Club

Thursday, March 10, 2011

dibeli?dirancang?



Jumaat 11 Mac - Berakhir perlawanan persahabatan antarabangsa antara kelab liga turkey Saracen Fc vs UPG Fc kelab liga perdana inggeris. Walaupon perlawan berakhir dgn kemenangan berpihak kepada saracen fc, pihak upg fc tetap menjaringkan gol. Tetapi pemain def upg fc, k.azzat dan topek telah di tuduh oleh tuan pengurus, bahawa mereka telah dibayar dalam perlawan ini. Gambar diatas, menunjukkan Ezzam tgh membincangkan harga utk mereka membiarkan gol di lepaskan di pihak upg fc. K.azzat yg ketara tindakkan nyer itu menampak kan ragu2 apabila video rakaman permainan di mainkan balik. Pengurus upg fc telah memfailkan report ke presiden FIFA, utk menyaman pemain2 ini. Semasa di temuduga semalam, pengurus upg fc berkata "sy tak sangka tergamak mereka lebih memandang duit dari team ni, ape dah jadi kepada bola sepak zaman sekarang!". Perbicaraan akan diadakan bulan hadapan di mahkamah tinggi putrajaya, smua pemain di jemput hadir utk menyaksikan perbicaraan utk keadilan bola sepak tanah air kt.

Sekian w.b.t

Monday, March 7, 2011

Upg & Upg Fc turun ke SBPI Gombak



Lagi satu charity event yg dijalankan bawah upg, di mana sebahagian player upg fc telah mengambil bahagian. Event berjalan dgn lancar dan hebat. Tahniah kepada smua yg mengambil bahagian dalam event ini.

Kontroversi kali ini adalah, kisah abg pie hensem dan adik adryna dari johor bahru. Gambar mereka berdua telah menyebab kan K.Azzat mengamuk histeria di SBPI Gombak. Gambar romantis adalah seperti di bawah.




Senyuman nyer telah membuat smua faci2 lelaki bergegar iman. Adakah abg pie begitu hensem sehingga telah membuat kan k.azzat sakit jiwa? sama2 la kt berdoa supaya k.azzat kembali ke jalan yg benar. amin.

Sunday, February 27, 2011

Skuad Sotong Muda

Smua nyer hanya tinggal kenangan manis, apabila mattop bertemu dgn adik nyer dalam pencarian bakat baru utk skuad upg fc. Yg berbaju hijau dalam gambar di atas, muhammad safuan, atau nama manja nyer "top JR", terharu apabila berjumpa dgn abg nyer Mattop. Beliau telah meraba2 dan merasai belaian kasih syg abg nyer. Kata2 yg ditinggalkan terpahat di hati smua yg mengikuti program ini "kenapa tak naik bang" kata top JR kepada mattop.

Mattop sungguh terharu dan telah memberikan reaksi yg sungguh dramatis. Pesanan adik nyer sebelum abg nyer pulang ke rumah,"sikat rambut, siap wangi2 tau" telah membuatkan mattop menangis dan jatuh ke bumi. Sampai begitu skali kisah kasih syg chairman upg fc,mattop, dan adik nyer top JR. Gambar yg ditinggalkan telah di print dan ditampal dalam bilik mattop.Sekian saja laporan jejak kasih antara mattop dan top JR.

Wasalam'

Friday, February 18, 2011

Hikayat Merong Maha-Arsenal


Storyline: An arranged marriage between a prince from Rome and a princess from China is supposed to take place in Arsenal in northern MMU. Before the marriage vows can be exchanged, pirates kidnap the princess and hold her for ransom. Enter the brave warrior Merong Maha-Arsenal to rescue the princess.

Director: Mohamad Shafie

Executive producers: Sue Mahat, Mirul Fikri, Ahmad Topek, Athiqallah

Cast: Hasifi(Merong M-Arsenal), Herfa(Princess), Mattop(Prince), K.Azzat & Shah.Mazwan(Pirates)


p/s : just nak announce ni bola baru upg fc =p

Monday, February 14, 2011

UPG FC vs SDX FC

Clash of the Titans

Match : UPG FC vs SDX FC

Venue :
UPGoodison Park Stadium

Time : 0400 GMT+8

Date : 12th March 2011

Notes : Match at Stadium MMU

air air air...

Itu dia isu air kedai HB3 mmu(money making university). Kepala otak diorang naikkan harga sampai 50 sen utk smua, ade ker teh'o'ais rm1.30, milo ais rm1.80. diorang ingat kt student ni cap duit ker ape!

aku tanya la diorang kenapa naik, diorang ckp tak tau. diorang ckp cam harga kedai mamak, aku jawab la "kedai mamak ade tempat nak lepak, korang ni nak kena sepak" hahaha, sesi berpantun ;p

baru aku teringat nak belanja budak2 bola aku minum kat hb3 kalo menang frenly ni, tapi dah naik harga cancel la =p

hehe ape2 pon aku nak umumkan kt ade asst coach dah, ucapkan tahniah kepada cik efa haha.

okey adios, nantikan pos aku strus nyer

Friday, February 11, 2011

Eyes on u


Mengikut update terbaru dari website upg fc. Mereka sedang berunding utk membeli 2 pemain dari kelab Salsa Fc. Pengurus upg fc sedang dalam penerbangan ke scotland utk membincangkan harga perpindahan beliau. Pemain salsa ini dikatakan mempunyai sejarah peribadi terhadap pengurus upg fc. Pengurus upg fc betul2 berminat dgn cara permainan beliau."Superb "mengikut kata pengurus upg fc.Bagaimanapon mari kt sama2 doakan perbincangan ari ni akan berjaya.

Will u shake my hand? Insya-allah

Amin.

Pemain bintang

Berita sedey menimpa upg fc sekali lagi apebila pembelian Zul Ezzam Rawi dibatalkan.Mengikut pengurus peribadi beliau, beliau tidak menyangka kontrak itu akan dibatalkan. Pengurus upg fc telah cuba sedaya upaya berbincang dgn FAM utk membenarkan ezzam beraksi dalam upg fc. Bagaimana pon ezzam akan trus bermain bersama Saracen FC, team lama beliau. Keputusan ini agak berat utk upg fc kerana ezzam adelah seperti tiang kekuatan upg fc. Buat masa sekarang permainan midfield di upg fc agak goyah kerana kehilangan beliau. Penyokong2 upg fc akan melancarkan mogok lapar 3 hari berturut2 utk memujuk FAM membicarakan kembali kes ini.Sekian laporan utk hari ini.

Pom Pom G.


Itu dia bakat2 baru zaman ni. Pemberi semangat kepada team haha. bayangkan kalo team kita ade pom pom girl cam gini, aku rasa smua tak leh main dah. skali diorang jerit
"Go Go UPG" smua air liur meleleh hahahaha.




tapi buat masa skrang, pom pom girl yg kt ade,skali jerit satu team patah semangat. dah la K.Azzat pon jadi pom pom, aku takut ade jer yg pengsan atas padang nanti =P

ape2 pon kredit 2, sabahawks.net dan sokernet.blogspot utk pic2 yg memberi suntikan moral pada smua pemain2 upg.



sekian wasalam.

Thursday, February 10, 2011

Temuramah bersama K.Azzat dan ......


Sesi media bersama K.Azzat dan awek nyer Nora Danesh(bukan nama sebenar) tentang isu queen control dan persaraan mengejut k.azzat dari dunia bola sepak profesional.

Betulkah kabar angin bahawa encik k.azzat hendak bersara?

KA: betul.sy buat keputusan ini kerana isu2 yg tidak dpt dielakkan

Tapi dikatakan encik k.azzat dipaksa oleh cik nora utk bersara, betulkah?

ND: ini biar sy yg jawab! sejak awk smua amik dia main bola, dia takde masa utk sy ok, awk ni smua cam perampas paham tak...perampas!!!

KA: syg, jgn cam gitu...sabar la, ni smua salah b sendiri

ND: eeeeeiiii(mencubit telinga k.azzat) . b jgn nak backup diorang ni smua paham!

Apakah rancangan masa depan cik nora dan k.azzat?

KA: sy akan bertunang dgn dia selepas abis exam di mmu sem ni

Dalam tweet yg terbaru, cik nora nampak bahagia skrang bersama k.azzat. bagaimana perasaan cik nora skarang?

ND: sy sgt bahagia, sbb k.azzat di bawah kawalan sy skarang.

Kenapa cik nora tiba2 berubah, bukankah dulu cik nora memberi sokongan sepenuhnyer?

ND: yg sebenar nyer masa game ari 2, sy ternampak sesuatu yg sgt jijik, sy nampak abg Shahrul.M(bukan nama sebenar) meraba bontot bakal tunang sy(suara sedey)...sy tak sanggup tgk dia ternoda.

Apekah komen encik k.azzat?

KA: b malu, malu, malu...maapkan sy syg

ND: takpe kanda, dinda maapkan kanda

Dan mereka hidup bahagia selama nyer selepas sesi ini.amin

p/s: rekaan semata2 ok haha.

Wednesday, February 9, 2011

Al-Fatihah

Berita sedey menimpa kelab upg fc, pemain winger Azzat Kamaruddin telah mengumumkan persaraan beliau dari kelab itu. Keputusan yg dibuat secara mendadak ini, telah mengakibatkan pengurus pasukan pening mencari player penganti. K.Azzat telah byk berbakti kepada kelab ini, beliau terpaksa bersara kerana awek nyer mara takde masa utk bercinta.

Bagaimana pon pengurus pasukan ini telah redha dgn pemergian K.Azzat dari kelab ini."Sy telah memujuk beliau utk memikirkan tentang kareer beliau tetapi beliau berkata ngan awek nyer telah mengugut utk tak nak kawin kalo beliau terus bermain bola bola api.Sy meminta peminat2 kelab bersabar tentang situasi ini.Kehilangan K.Azzat membawa impak yg besar kepada pasukan"kata pengurus yg macho itu. Sama2 kita doakan al-fatihah utk smua umat islam dan utk K.Azzat di atas permergian beliau dari kelab tersohor ini.

Monday, February 7, 2011

Perpindahan Tergempar


Semalam kami telah berjaya menandatangai perjanjian dgn pemain dari Seryes FC pada jam 11.30 malam sebelum pintu perpindahan tertutup. Kontrak 3 tahun di terima dan Ahmad Torres Razani di beli dgn harga $50 juta.

A.Torres seperti kelihatan tidak bersetuju kerana kelab itu menjual nyer. Dia seperti hendak mengamuk apabila Seryes FC itu meletakkan nama nyer dalam transfer list kelab bulan lepas.

Walau ape pon A.Torres berjanji akan bermain dgn sepenuh hati di kelab baru nyer.

Sunday, February 6, 2011

Semangat Kesatria


Pergh terharu gila bila aku baca benda ni. Walaupon aku bukan penyokong Liverpool tapi aku respect diorang. "The most important people at the club are the ones who want to be here", ayat meleleh hahaha...

Nanti aku nak try la bagi ayat kasi budak2 upg ni cair, tgk diorang main cam mana pastu hehe. Ape2 pon first kt kena lepas friendly match dgn SDX FC vs UPG FC, team avicenna. Kalo kalah sorang2 aku kitai kasi kurus badan haha.Good luck have fun la korang nyer.

Sunday, January 30, 2011

Mengintai player season 2011


Mengintai player2 yg bakal menyarung jersi di season 2011.Player yg terdiri dari pelbagai latar belakang.Kami telah terjumpa seorang businessman sesat, Ji-Din, yg muflis telah dibeli oleh kami di upg fc dgn harga rm60 juta.Seterusnya kami balik ke zaman 60-an dan menculik Shahrul Mazwan dan abg kesayangan nya Ezzam.Ezzam telah memaksa kami membawa basikal buruk nyer bersama utk training.


Fabregas Fikri dan Theo Hasifi telah berjaya kami beli dgn harga RM6.10.Rekod pemindahan yg mengalahkan Christiano Ronaldo yg seperti tidak berguna di real madrid.Dan kami juga memerlukan penyanyi rock n roll Azzat yg telah gila kerana kehilangan mikrofon di atas pentas.Azinuddin dan Murfaddinta Nurhemdi juga di gelar pemain cool kami.

Friday, January 28, 2011

Ditubuhkan sejak 2011


Berakhir nya season MMU Premier League season 2010.Transfer window telah dibuka dan UPG telah bercadang hendak menubuhkan team utk season 2011.Setelah melalui pelbagai proses, UPG FC telah mengambil pemain dari team legacy Seryes FC sebagai pengurus utk UPG FC.

Pengurus yg dikatakan telah lama menghilang kan diri dalam bidang bola telah timbul kembali bermain bersama Seryes FC. Kontrak seumur hidup yg di tandatangani bersama UPG FC telah mengempar seluruh team dalam liga MMU.

Pengurus baru UPG FC berkata semasa sidang media bahawa beliau akan mencari bakat baru.Baru2 ini beliau telah turun ke padang untuk beberapa minggu mencari bakat baru."Kami masih kekurangan player buat masa ini, tapi kami akan cuba memperbaiki dalam masa terdekat. Gerbang pemindahan telah dibuka dan kami telah memerhati beberapa pemain2 yg berbakat dari kelab2 di division 1", kata pengurus UPG FC semasa sidang media.

Sama2 la kt tunggu kemunculan UPG FC.Itu saja dari saya buat masa ini, sekian terima kasih.